Monday, January 25, 2010

Selesema yang tak hilang...

Masuk hari ni boleh dikatakan dah hampir 2 minggu aku dijangkiti selesema. Sebelum ni aku deman n batuk gak...tapi dah hilang. tak tahu la kenapa selesema ni ssh sgt nak hilang. tak larat nak telan ubat dah(sampai hancur ubat aku..). Suara aku pun macam suara penyanyi 'rock' jer...ishhh, macam mana nak buat ni??
Dah la selesema, sekarang ni aku dapat satu penyakit baru iaitu sakit mata (ntah la kenapa mata aku bengkak sebelah...kena gigit serangga kot). Ermmmm....kenapa ya. Mungkin dugaan untuk aku kot...maklumlah dok di tempat baru, jauh dari keluarga plak....sedihnya

Wednesday, January 20, 2010

Selamat menjalani ROS&PRAKTIKUM

Salam...disini saya cuma nak ucapkan selamat menjalani ROS & PRAKTIKUM kepada semua sahabat. Diharapkan kita semua tabah dan cemerlang melaksanakan tugas yang diberikan....

Saturday, November 21, 2009

HoLiDaY In CaMeRoN

14 November - 15 November
Ni adalah tarikh yang paling bermakna dalam hidup aku. First time aku menjejakkan kaki di Cameron Highland. Selalunya kalau aku nak g jer mesti ada sahaja halangan.... tetapi akhirnya... Impianku tercapai juga (walaupun g xda duit..huhuhu)

Day 1,
Kami bermalam kat Brichang. hari pertama tu kami g melawat 'Butterfly Farm" dulu. Best... cantik sangat. lepas tu kami g ke "Rose Garden" plak. kalau tengak dari luar tempat dia macam umah setinggan jer. tapi massuk dalam... CANTIK. tapi penat la skit sebab kena panjat tangga. Tinggi n agak curam. Lepas tu malam kami lepak kat uamh jer.



Day 2,
Sebelum balik, aku nak sgt melawat 'Strawberry Farm'....dan ianya tercapai jgk. best sgt. Walaupun tak petik sendiri.....dapat tengak pon jadilah. destinasi terakhir kami adalah ladang teh. besar gila. Macam ni rupanya pokok teh.Sebelum ni aku tau minum jer...hehehe... Lps 2 kami terus berangkat pulang ker Tanjung Malim (aku jer...akak aku n family dia balik KL...)

Thursday, October 8, 2009

Ahhh tensionnya..

Rasanya dah lama aku xpost apa-apa kat ruang nie... bukan malas tapi sibuk sangat ngan asigment la, tesis lg n mcm2 la (macam org besar plak).
apa yang aku nak kongsikan ari nie adalah aku rasa tension sangt bila aku fikir lg 2 minggu jer aku nak final exam.... bnyk lg benda x settle nie... ahhh... tlg aku

Friday, August 21, 2009

Aku.........

Melangkah itu mudah,
Namun mencari arah itu yang terkadang payah,
Mencari jalan itu mudah,
Namun memahami destinasi itu yang susah.
Menyusuri susur itu mudah,
Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.
Dalam semua ini....
menjaga istiqomah itu paling susah,
payah dan lelah
Namun DIA amat faham, bagi hanbaNYA,
DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik,
hanya perlu untuk melakukan yang terbaik,
meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNYA,
lantas nescaya DIA akan menguruskan yang selebihnya...agar
yang terbaik itu menjadi milik manusia
Moga perjalanan kita sentiasa dalam perlindungan dan penjagaan ALLAH SWT.....

Friday, April 17, 2009

Beza Lelaki & Wanita




Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa
sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa
anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak
dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan
semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi
tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak
ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti
intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya
dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib
taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah
seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara
isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di
bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

" Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah
dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya
menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri
memberikan alasan untuk membela diri "