Friday, April 17, 2009

Beza Lelaki & Wanita




Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa
sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa
anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak
dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan
semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi
tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak
ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti
intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya
dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib
taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah
seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara
isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di
bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

" Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah
dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya
menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri
memberikan alasan untuk membela diri "

Tuesday, April 14, 2009

Akakku yang penyayang...

A Good Story For Great Friends.....



Make sure you read all the way down to the last sentence!

The once was a little girl who had a bad temper. Her mother gave her a bag of nails and told her that every time she lost her temper, she must hammer a nail into the back of fence. The first day the girl had driven 37 nails into the fence.

Over the next few weeks, as she learned to control her anger, the number of nails hammered daily gradually dwindled down. She discovered it was easier to hold her temper than to drive those nails into the fence. Finally the day came when the girl didn't lose her temper at all. She told her mother about it and the mother suggested that the girl now pull out one nail for each day that she was able to hold the temper.

The day passed and the young girl finally able to tell her mother that all nails were gone. The mother took her daughter by the hand and led her to the fence. She said " You have done well, my daughter, but look at the holes at the fence. The fence will never be the same.

When you say things in anger, they leave a scar just like this one. " You can put a knife in a person and draw it out. It Won't matter how many time you say "I'm sorry", the wound is still there. A verbal wound is bad as is physical one.

Friend are very rare jewels, indeed. They make you smile and encourage you to succeed. They lend an ear, they share words of praise and they always want to open their hearts to us...


PeNdAyUnG SaMpAn


Satu hari seorang profesor yang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang sungguh pendiam. Profesor memang mencari seorang pendayung sampan yang pemdiam supaya dia tidak banyak bertanya ketika dia membuat kajian.

Dengan begitu tekun dia membuat kajian. Diambil sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang, selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya profesor itu membuat kerja dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya, dia berkata dalam hati.."Hmm... hari nak hujan".

"Ok, semua sudah siap. Mari kita balik ke darat."Kata profesor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu, baru profesor itu menegur pendayung sampan.

" Kamu dah lama kerja mendayung sampan." tanya profesor. " Hampir seumur hidup saya," jawab pendayung sampan dengan ringkas. "seumur hidup kamu," tanya profesor itu lagi."Ya." "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain mendayung sampan?" tanya profesor itu. Pendayung sampan menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, profesor itu bertanya lagi." Kamu tahu geografi?" pendayung sampan menggelengkan kepala. "Kalau begitu kamu dah kehilangan 25% usia kamu", kata profesor itu lagi. " Kamu tahu biologi?" pendayung sampan menggelengkan kepalanya lagi. Kasihan... kamu kehilangan 50 % usia kamu. "Kamu tahu fizik?' Profesor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan. kamu sudah kehilangan 75% daripada usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan dengan mendayung sampan." Kata profesor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu, hanya mendiamkan diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Profesor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya " Kamu tahu berenang?" Profesor itu menggelengkan kepala. " Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu" kata pendatung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Moral of the story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodah itu lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak kena mengena dengan kerjayanya tetapi MASTER dalam bidang yang dia ceburi. Hidup ini singkat, tetapi tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan...