Thursday, February 26, 2009

Program D Semesti


Ermmm... macam mana yer aku nak mulakan. tanggal 20 -22/2 hari tue aku buat program kat sekolah menengah sains teluk intan. Pada mulanya takut juga la sebab pengalaman sebelum ni kat SBP kuantan tidak begitu menyeronokkan. Tapi apa yang aku fikirkan semuanya salah kerana kehadiran kami di sana diterima dengan baik oleh guru-guru dan juga para pelajarnya. semuanya memberikan komitmen yang di luar jangkaan kami. Rasa seronok sangat dan kami rasa program tu berjaya berdasarkan feedback yang kami dapat daripada guru kaunselor sekolah tersebut iaitu BuZai.



Program yang kami laksanakan di sana merupakan satu program motivasi untuk semua pelajar tingkatan 5 yang mana akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Selain itu, aku juga rasa yang program ini bukan sahaja mengubah adik-adik di Semesti tetapi program ini juga telah memberi aku satu pengalaman baru iaitu menjadi pengerusi majlis. Tak pernah seumur hidup aku jadi MC, tiba-tiba jer aku 'offer' diri. Boleh la lihat tangan aku mengeletar waktu tu... Tapi sekejap jer tau, sebab lepas 2 aku dah okey...Hehehe...



Ermm...kepada adik-adik di Semesti, akak ucapkan bebanyak terima kasih kerana memberikan komitmen dan kerjasama yang tinggi kepada kami semua. Akak doakan adik-adik semua berjaya mendapat 'Straight A' dalam peperiksaan SPM nanti. Good Luck To All Of You n Hope We Can See Again. Untuk adik-adik akak dari Kumpulan 'Nenas', anda semua memeng BEST....


Tuesday, February 10, 2009

MeNoNtOn TeAtEr




ermmm.... baru-baru nie aku g tonton teater 'Puteri Sakdong. ntah la kenapa minat aku beralih ke arah teater pulak ni, dulu aku minat tengak wayang jer... entah la. tapi apa yang aku nak kongsi kat sini adalah pasal teater yang aku g tengak ari jumaat lepas. walaupun pada permulaan cerita tu agak 'boring' tapi dah tengah-tengah nonton tue rasa best plak. rasa macam blajar sejarah plak. aku tak tahu pon yang puteri sakdong nie anak angkat cik siti wan kembang....( haaa, korang pon mesti ada yang tak tahu kan macam aku jugak...hehehe0). kira best la jgk teater ni, walaupun ada beberapa kesilapan teknikal... normal la tu... tapi aku nak syorkan kat korang, lepas ni jomla kita sama-sama g tengak teater. boleh gak tenangkan fikiran, happy2 skit n yg penting masuk PERCUMA.... hahaha

Tuesday, February 3, 2009

KaWaN


Kata mak,
Kawan tue ibarat lebah,
Habis madu sepah dibuang...

Kata abah,
Kawan tue umpama bunga ros,
Dipandang cantik dipegang sakit...

Kata atuk,
Kawan tue seperti air,
Terus mengalir...

Kata nenek,
Kawan tue bak bulan,
Dipuja dan disanjung, tapi nun jauh disana...

Kata sedara,
Kawan tue macam makanan,
Kawan makan kawan!!!

Kata abang,
Kawan tue seperti lembu,
mengikut saje apa yang dikata...

Kata kakak,
Kawan tue tak ubah macam durian,
Bau jer busuk, tapi sedap dimakan...

Kata adik,
Kawan tue macam biskut,
Sekejap ada sekejap tak ada...

Kata aku,
Kawan tue tak kisahlah camner... walaupun dia ibarat lebah, umpama bunga ros, seperti air, bak bulan, seperti lembu, tak ubah macam durian dan macam biskut!!!
Dia tetap kawan...
Tau tak sebab apa???
Sekali aku dah kawan ngan dia, selamanya dia tetap KAWAN AKU...

Monday, February 2, 2009

Hari Ini dan Selamanya...

Awak tau tak...
Semua pasal semalam
masa tue kita gembira sama-sama
Tapi tiba-tiba masalah datang
Kita tak tau nak buat apa

Awak tau tak...

Semua pasal semalam jugak
Awak mintak kita putus

Bermacam alasan yang awak berikan
mungkin saya nie bukan untuk awak


Awak tau tak...
Semua pasal semalam lagi
Saya kata saya sayang kepada awak

Tapi awak diam seribu bahasa
Dalam diam hanya awak sahaja yang tahu

Awak tau tak...
Semua pasal hari ni pulak

Awak minta kita diam dulu

Biar semua orang tak tahu

Awak tahu tak...
Semua pasal ari ni lagi
Awak sibuk kejar masa
Macam awak dah lupakan saya
Tapi saya tahu awak tetap milik saya

Awak tahu tak...
Semua pasal ari ni
Saya duduk merenung masa hadapan

Sambil teringatkan awak seorang

Tak terfikir langsung untuk berlaku curang


Awak tahu tak...

Semua pasal esok

Bila semua urusan selesai

Tiada sesiapa pun boleh pisahkan
Awak dari saya


Awak tahu tak...

Semua pasal esok nanti

Awak janji nak bersama

Takkan pergi mana-mana
Tinggalkan saya seorang diri


Awak tau tak...

Semua pasal esok dan tulat

Awak mungkin pergi jauh

Tapi tak mengapa sebab

Saya pasti cari awak...

Awak tau tak...
Semua pasal satu hari nanti

Masa kita sama-sama berjaya
Sebentuk cincin dalam kotak

Mungkin jadi milik awak

Kalau saya tak pegi dulu...


Awak tau tak...

Semua pasal semalam... ari nie... esok... dan satu hari nanti

Semua kisah yang terjadi

Mungkin ada satu sebab sahaja

Sebab.... Saya SAYANGKAN AWAK....