Thursday, February 26, 2009

Program D Semesti


Ermmm... macam mana yer aku nak mulakan. tanggal 20 -22/2 hari tue aku buat program kat sekolah menengah sains teluk intan. Pada mulanya takut juga la sebab pengalaman sebelum ni kat SBP kuantan tidak begitu menyeronokkan. Tapi apa yang aku fikirkan semuanya salah kerana kehadiran kami di sana diterima dengan baik oleh guru-guru dan juga para pelajarnya. semuanya memberikan komitmen yang di luar jangkaan kami. Rasa seronok sangat dan kami rasa program tu berjaya berdasarkan feedback yang kami dapat daripada guru kaunselor sekolah tersebut iaitu BuZai.



Program yang kami laksanakan di sana merupakan satu program motivasi untuk semua pelajar tingkatan 5 yang mana akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Selain itu, aku juga rasa yang program ini bukan sahaja mengubah adik-adik di Semesti tetapi program ini juga telah memberi aku satu pengalaman baru iaitu menjadi pengerusi majlis. Tak pernah seumur hidup aku jadi MC, tiba-tiba jer aku 'offer' diri. Boleh la lihat tangan aku mengeletar waktu tu... Tapi sekejap jer tau, sebab lepas 2 aku dah okey...Hehehe...



Ermm...kepada adik-adik di Semesti, akak ucapkan bebanyak terima kasih kerana memberikan komitmen dan kerjasama yang tinggi kepada kami semua. Akak doakan adik-adik semua berjaya mendapat 'Straight A' dalam peperiksaan SPM nanti. Good Luck To All Of You n Hope We Can See Again. Untuk adik-adik akak dari Kumpulan 'Nenas', anda semua memeng BEST....


No comments: