Monday, February 2, 2009

Hari Ini dan Selamanya...

Awak tau tak...
Semua pasal semalam
masa tue kita gembira sama-sama
Tapi tiba-tiba masalah datang
Kita tak tau nak buat apa

Awak tau tak...

Semua pasal semalam jugak
Awak mintak kita putus

Bermacam alasan yang awak berikan
mungkin saya nie bukan untuk awak


Awak tau tak...
Semua pasal semalam lagi
Saya kata saya sayang kepada awak

Tapi awak diam seribu bahasa
Dalam diam hanya awak sahaja yang tahu

Awak tau tak...
Semua pasal hari ni pulak

Awak minta kita diam dulu

Biar semua orang tak tahu

Awak tahu tak...
Semua pasal ari ni lagi
Awak sibuk kejar masa
Macam awak dah lupakan saya
Tapi saya tahu awak tetap milik saya

Awak tahu tak...
Semua pasal ari ni
Saya duduk merenung masa hadapan

Sambil teringatkan awak seorang

Tak terfikir langsung untuk berlaku curang


Awak tahu tak...

Semua pasal esok

Bila semua urusan selesai

Tiada sesiapa pun boleh pisahkan
Awak dari saya


Awak tahu tak...

Semua pasal esok nanti

Awak janji nak bersama

Takkan pergi mana-mana
Tinggalkan saya seorang diri


Awak tau tak...

Semua pasal esok dan tulat

Awak mungkin pergi jauh

Tapi tak mengapa sebab

Saya pasti cari awak...

Awak tau tak...
Semua pasal satu hari nanti

Masa kita sama-sama berjaya
Sebentuk cincin dalam kotak

Mungkin jadi milik awak

Kalau saya tak pegi dulu...


Awak tau tak...

Semua pasal semalam... ari nie... esok... dan satu hari nanti

Semua kisah yang terjadi

Mungkin ada satu sebab sahaja

Sebab.... Saya SAYANGKAN AWAK....

No comments: